Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Alue Dohong berdepan masalah kesihatan selepas turut terlibat dalam usaha memerangi kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan.
Beliau turun padang di kawasan yang dilanda kebakaran sejak Jumaat hingga Selasa, dan membantu memadamkan kebakaran di wilayah Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.